Saya dapat 1 email dr seorang sahabat dan dengan rasa bertanggungjawab saya ingin kongsi disini...untuk renungan adik kakak sekelian...InsyaAllah
Assalammualaikum Warahmatullah Hiwabarakattuh
SEJARAH AYAT  KURSI 
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia  telah diiringi oleh beribu-ribu  malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya.  Syaitan  dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu   perintang dalam perjuangan mereka.  Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit  menulis serta menyebarkannya. 
Sesiapa yang membaca ayat  Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang  fardhu, setiap  pagi dan petang, setiap kali keluar   
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan  terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan  manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan  keluarga, anak-anak, harta bendanya juga   akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.  
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah"  sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan  dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan  diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara  ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,  siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian  diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat  Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah   s. a. w. bersabda bermaksud:  
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat  Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."   
Sabda baginda lagi;  
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi  Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,  Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan  kejahatan pembesar." 
Orang yang selalu membaca ayat   Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara  Nabi Muhammad. Mereka yang beramal   
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan  serta perlindungan Allah daripada gangguan serta  hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,   dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat  Kursi menjadi benteng yang kuat  menyekat pencuri daripada memasuki   rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan  memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat  Kursi yang dibaca  dengan penuh khusyuk,   Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin  terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada  malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali,  insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan  batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila  berbaring di tempat tidurnya, Allah  mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga  subuh. 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap  sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga  sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat  Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak  menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,  dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,  Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di  sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir  tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur  perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah  melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa  membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka  Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka  semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat  Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan  rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga  mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan  nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.  a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
 


 
 TEXTAREA_ID
TEXTAREA_ID

 


 



 
salam..
ReplyDeleteterima kasih atas info berilmiah ni...moga ada hikamhnya..
insyaAllah pak long..utk renungan kita bersama..
ReplyDeleteMohon buat rujukan rinci asal usul Prudential, tuan akan dapati ianya milik Yahudi 51% dan BSN hanya 49%. Semua urusan diarah oleh pengurus di Singapore - please refer detail origin and history of prudential in attemp to roll over Takaful Malaysia Bank Islam Berhad. Salam satu agama.
ReplyDeletemohon info ttg prudential milik yahudi..
Delete