Thursday, December 31, 2009

TAHUN 2010

Adik Kakak,
InsyaAllah kurang 12 jam lagi 2009 akan melabuhkan tirainya. Mari kita flashback sejenak, apa yang telah kita buat pada 2009 yang akan kita tinggal xlama lg. Adakan impian kita tercapai? kerja kita selesai @ tidak? adakah lebih baik dari tahun2 sebelum? bagaimana azam 2009 telah mencapai target @ sebaliknya? dan apa pulak azam 2010?

Adik Kakak,
Kalau ikutkan saya, banyak lagi xtercapai sebenarnya. Impian, azam, target dan banyak lagi la xtercapai. Kalu difikir2kan apa la yg dibuat pd 2009 lps ni. Banyak rehat dari kerja ke?? yang btl2 tercapai nk anak 2 orang je. Tu mmg tercapai....hahahaha...

Adik Kakak,
Apa2 pn marilah kita sama2 berazam buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Tekadkan azam bulatkan impian. Semoga Tahun 2010 ini lebih baik dr Tahun 2009, InsyaAllah.

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Wednesday, December 30, 2009

TENSEN............................

Phone tersayang SONY ERICSSON W660i masuk air plak. Abis semua no dlm phone..aduhai tensen tul. nk marah anak, kecik lg plak tu...sedih tul..Di celupnya phone dalam mee sup. camane ni no client sume dlm tu..so sekarang terpaksa la pakai phone lame NOKIA 3310. nasib baik la ade phone ni :-(

kepada

nk buat camane nasib badan..dh ketentuanNya terima je la..so pada client2 tolong msg me back ur phone number..

send ke 016-6904909 @ 017-2494909
THANX


Monday, December 28, 2009

Lain-lain

xde idea la...2,3 ari ni bz skit xsmpt nk menatap dan update blog...nyway insyaAllah krg2 la update ni dh pg buta esok keje...selamat malam..ASSALAMUALAIKUM MALAYSIA..

Friday, December 25, 2009

HARI ASYURA

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

(10 Muharram, bersamaan Ahad, 27 DEC 2009)


1. Melapangkan masa / belanja anak
, suami & isteri2
fadhilat
- Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2. Memuliakan fakir miskin

fadhilat
- Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3. Menahan marah

fadhilat
- Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.


4. Menunjukkan orang sesat

fadhilat
- Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

fadhilat
- Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.


6. Bersedekah

fadhilat
- Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri

fadhilat
- Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat

fadhilat
- Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat
:
'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak

fadhilat
- tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

fadhilat
- Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat

fadhilat
- Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat
:
'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


12. Membaca

'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'

fadhilat
- Tidak mati pada tahun ini .


13. Menjamu orang berbuka puasa

fadhilat
- Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Puasa

Niat -
'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat
- Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Insya'allah..

Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

Thursday, December 24, 2009

CUTI

Esok 25/12 Krismas..so cuti la kan adik kakak sekelian..tp bg sy xcuti pn..agen insuran mane ade istilah cuti2 ni rehat ada la, 24/7 keje (org ke ape ni keje 24jam hehe). Jumpa client, cari kes byk2 tu la kejenya disamping memberi runding cara mengenai PRUDENTIAL. Bak kata labu selagi mata xpejam keje..keje..keje.. :-).. Sebenarnya seronok jd agen insuran ni mcm2 org kita jmpe. Dh kalu jmpe org mcm2 alasan yg kita dpt. Tapi sy xksh pn, kt just present ape yg terbaik n let go client decide coz CUSTOMER ALWAYS RIGHT. Kalu rasa sesuai ngan keperluan ambik kalu xnak xpe. Kita xleh paksa org ambik just explain ape kepentingan perlunya ada at least 1 insuran untuk perlindungan. PRUDENTIAL telah menyediakan produk yang terbaik sebenarnya cuma org xtau je.

Adik kakak,
Contohnya ambik plan pendidikan untuk anak. Anak tu akan dapat perlindungan diri dari kecelakaan yang berlaku pada diri dia spt kena air panas ke, masuk hospital, jatuh tangga dan mcm2 lagi kemalangan boleh terjadi. Ke 2, medical kad digunakan kalu masuk hospital yang melibatkan kos yang tinggi spt kena operation ke PRUDENTIAL menyediakan medikal kad min rm500k seumur hidup. Setakat ni PRUDENTIAL je yang ada kad min rm500k seumur hidup dan bole up smpi rm1.5 juta depend premium yg dibayar. Bole dapat duit poket lagi sekiranya terpaksa bermalam dihospital. Ke 3, simpanan untuk pendidikan anak2. Time anak2 dh nak masuk U bole keluarkan duit simpanan untuk kegunaan mereka. Abis dh??ade lagi ni note penting ye..andai kata anything happen let say anak2 @ ibu/bapa sebagai pembayar meninggal @ cacat kekal dlm kemalangan atau disbbkan penyakit kritikal, PRUDENTIAL akan menanggung premium yang dibayar. Cthnya kalu sebln rm150, premium ni insuran akan tanggung smpi tempoh matang. That mean 1 sen pn dh xyah byr dan semua benifit xkurang walau 1 sen pn.

Adik kakak rasa camane??ni dh mmg yang terbaik kami berikan untuk adik kakak sekelian. Semua dh complete dlm 1 plan je. xyah nk pikir lg mane utk protection, utk medikal kad lg, mane utk simpanan lg ssb tu kami bg yang terbaik. Anyway mcm sy tulis kt atas td CUSTOMER ALWAYS RIGHT adik kakak decide la yang terbaik..semoga sama2 kita mendapat manafaat darinya... InsyaAllah :-)

Wednesday, December 23, 2009

PERHATIAN

Untuk makluman semua blog ni bkn sekadar mengenai produk, maklumat PRUDENTIAL sahaja tp melangkaui pelbagai isu semasa dan apa2 sahaja perkara selagi tidak mengganggu, mencetus @ mengaibkan pihak lain. Walaubagaimana pun PRUDENTIAL INSURAN & BSN TAKAFUL adalah teras utama blog ni. Sama2 la kita beretika dalam berblog supaya semua mendapat manfaatnya. Dalam kebebasan bersuara pun ada hadnya seperti kita hidup diatas dunia ni la. Allah memberi kita kebebasan untuk kita mentadbir tetapi ada hadnya spt tidak mencemarkan alam atau merosakkan dunia ni...

BERBLOG UNTUK KEMAJUAN NEGARA

Tuesday, December 22, 2009

Ajal Maut, Jodoh Ketentuan ALLAH

Petang tadi saya dpt berita tentang seorang kawan yang baru kehilangan suami yang meninggal dalan 1 kemalangan maut di Terengganu. Saya tumpang sedih dan simpati kepada sahabat saya semoga beliau tabah menghadapi apa yang telah terjadi dan anggap lah ini semua Ketentuan Allah S.W.T. Semua yang terjadi ni telah ada dlm skrip hidup kita. Allah telah menetapkan perjalanan setiap hambanya di atas muka bumiNya, kita merancang Allah jua yang menentukan.

Adik Kakak,

1 hari nanti kita semua akan mengadap Allah juga. Apakah persediaan kita?? Persediaan dunia dan akhirat. Saya suka ingatkan diri saya sendiri sebenarnya disamping kita saling ingat mengingati 1 sama lain..betul x? :-)

Adik Kakak,

Saya selitkan sedikit maklumat PRUDENTIAL insuran&takaful mengenai manfaat kemalangan yang melibatkan kematian @ cacat kekal. Ini sebagai panduan dan pedoman kepada adik kakak, sahabat sy sekiranya terjadi kpd ahli keluarga @ sahabat2 anda diluar sana. Manfaat ini dipanggil ADD(Accident Death & Disablement) dimana pemegang polisi yang terlibat dalam kemalangan maut dan meninggal dunia @ cacat kekal, syarikat insuran akan membayar min RM20,000* kepada pewaris beserta dengan manfaat kematian dibwh plan Perlindungan Asas (Death & Crisis Shield). Pastikan pemegang polisi memberitahu ahli keluarga mengenai insuran yg telah diambil. Segera maklum kepada agen dan segala urusan dokumen akan diuruskan oleh agen @ terus ke PRUBSN untuk proses tuntutan. Apa yang perlu disediakan adalah :
  1. Sijil kematian pemegang polisi
  2. Laporan bedah siasat jika kematian melibatkan kemalangan(utk memastikan bukan dibwh pengaruh alkohol @ unsur jenayah)


Harap maklumat ini dapat membantu adik kakak sekiranya tak tau apa yang nk dilakukan sekiranya kejadian spt ini terjadi. Sekiranya adik kakak ingin mengetahui lebih lanjut mengenai PRUDENTIAL insuran&takaful boleh email kepada saya abdulrazak@prupartner.com.my @ msg/col di 016-6904909, 017-2494909 untuk sesi temujanji. Terima Kasih




* tertakluk kepada plan yang diambil




Salam Takziah kepada Rohana Mat Zin

Takziah kepada Puan Rohana Mat Zin, kawan satu sekolah semasa di MRSM Kuantan 97/98 diatas kehilangan suami tercinta Khairul Nizam Abd Jalil, yang terlibat dengan kemalangan pada 21/12/2009..saya sekeluarga mendoakan semoga arwah di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang beriman...AL-FATIHAH...




Berita Asal:


REMUK...kereta Kenari remuk apabila bertembung dengan
pacuan empat roda, pagi semalam.

MARANG: “Sudah tiga kali arwah terselamat dalam kemalangan sebelum ini, tetapi kejadian keempat pagi tadi (semalam) meragut nyawanya,” kata Sidi Ahmad, 34, rakan Khairul Nizam Abd Jalil, 27, yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Pasir Putih, kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang tinggal di Kuarters Imigresen Kampung Panji Alam menaiki Perodua Kenari dalam perjalanan ke tempat kerja di Kerteh, Kemaman.

Bagaimanapun dalam perjalanan itu mangsa, juruteknik syarikat minyak, bertembung dengan pacuan empat roda dinaiki lelaki yang gagal memotong lori ketika itu.

Mangsa yang juga suami kepada anggota Jabatan Imigresen Terengganu itu bertembung dengan pacuan empat roda dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu pacuan empat roda itu mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan susulan.

Sidi berkata, Khairul Nizam sebenarnya baru pulang daripada melawat ibu bapanya di Kuala Lumpur malam kelmarin sebelum bertolak pulang memulakan kerja selepas beberapa hari bercuti.

Katanya, sebelum meninggal dunia, arwah yang sudah empat tahun berkawan dengannya itu tidak menunjukkan sebarang petanda aneh, malah ceria seperti biasa.

Namun, katanya, dia berasa pelik apabila arwah beberapa kali terbabit dalam kemalangan dalam tempoh seminggu tetapi terselamat.

“Mengenai kejadian yang berlaku kepada arwah sebelum ini saya kurang pasti tetapi difahamkan sebelum dia bertolak ke Kuala Lumpur, dia terlanggar belakang kereta ketika mengundur mengeluarkan keretanya dari kawasan parkir di Dungun baru-baru ini.

“Kali kedua pula dia terbabit dalam kemalangan apabila gagal membrek lalu merempuh kereta di Gong Balai, Merchang,’’ katanya ketika ditemui Harian Metro di bilik mayat HSNZ semalam.

Sidi berkata, sebaik terbabit dalam dua kemalangan itu, dia meminjam kenderaan rakan, malah sehari sebelum kejadian yang mengorbankannya, arwah terbabas ketika menaiki kereta isteri.

“Bagaimanapun nasib rakan saya tidak sebaik sebelumnya kerana kemalangan terakhir ini meragut nyawa kerana arwah parah di kepala apabila keretanya remuk,’’ katanya.

Isteri mangsa, Rohana Mat Zin, 29, yang mengandung dua bulan dilihat cuba menenangkan dua anak kecilnya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Dia yang masih hiba dengan kematian suaminya enggan ditemu bual.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mazlan Yahaya yang mengesahkan kejadian itu berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal mendapati pemandu Perodua Kenari itu dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kerteh, Kemaman manakala pemandu yang menaiki pacuan empat roda itu dari Kuantan ke Kuala Terengganu sebelum mereka bertembung di Kilometer 47.5 Kuala Terengganu-Kuantan.

“Pemandu pacuan empat roda itu dikatakan cuba memotong lori tetapi gagal lalu merempuh pemandu Perodua Kenari itu yang dipercayai gagal mengelak kenderaan yang datang dari depan,’’ katanya.

Mazlan berkata, pemandu yang menaiki Perodua Kenari meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu pacuan empat roda mengalami kecederaan ringan dan dirawat di HSNZ.

“Kami meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian ini tampil memberi keterangan di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,’’ katanya.


Sumber *

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20091222073900/Article/index_html

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

AWAL MUHARRAM- doa akhir tahun dan awal tahun

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"





DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


sumber http://citramadani.blogspot.com/2009/12/awal-muharram-doa-akhir-tahun-dan-awal.html

thanx http://citramadani.blogspot.com

Monday, December 14, 2009

H1N1...PRUDENTIAL cover ke x ni??

Syarikat insurans bayar pampasan pesakit meninggal akibat H1N1

KUALA LUMPUR: Syarikat insurans akan membayar pampasan kepada waris terdekat pemegang insurans hayat yang meninggal dunia akibat penyakit Influenza A (H1N1), Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata jika pemegang polisi insurans hayat yang meninggal dunia disebabkan virus A H1N1, syarikat berkenaan akan memberi pampasan seperti mana yang disyaratkan.Dewan Negara

"Syarikat insurans akan membayar pampasan seperti disyaratkan dalam polisi insurans hayat yang berkenaan.

"Syarikat insurans tidak akan membezakan tuntutan kematian akibat penyakit A H1N1 daripada mana-mana tuntutan kematian yang lain, tidak ada bezanya, masih boleh" katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Seri Empiang Jabu pada persidangan Dewan Negara di sini.

Empiang bertanya sama ada terdapat pembayaran pampasan kepada anggota keluarga terdekat pemegang-pemegang insurans hayat yang meninggal dunia akibat wabak H1N1 dan sama ada pampasan itu mengikut kadar terkandung di dalam polisi insurans hayat pemegang. - Bernama



________________________________________________________________

Ramai yg tertanya2 penyakit Influenza A (H1N1) PRUDENTIAL cover ke x?? sebenarnya dr bln8 lg kita dh inform pd client yg H1N1 ditanggung sepenuhnya oleh PRUDENTIAL selepas tempoh 30 hari polisi berkuatkuasa. Walaubagaimana pun kemasukan hospital untuk tujuan siasatan dan diagnosis dikecualikan daripada perlindungan. Perlindungan ini masih lagi berterusan untuk pelanggan sedia ada dan yang baru. Kami di PRUDENTIAL memahami keluhan pelanggan dan jgn bimbang sekiranya ada sebarang mslh @ keraguan terus hubungi sy untuk maklumat lanjut....OUR CLIENT ALWAYS NUMBER 1 COZ WE ARE NUMBER 1...Reblog this post [with Zemanta]

Saturday, December 12, 2009

CLAIM

Apa yang saya nk tunjuk disini adalah bukti claim..dengan izin client sy tunjuk kan salinan check claim..client saya ni ambik untuk anak dia. Br 2bln ambik insuran dengan x semena2 ujian Allah anak dia masuk hospital disyaki Bronkitis Acute ( kahak dalam paru2) selama 4h3m..semlm rm200 so dapat la rm600..dpt lebih drpd bayaran premium :-). Apa pun kerja saya buatkan la claim dan ini la buktinya


* thanx my client sbb bg share check ni





Friday, December 11, 2009

Perkara yang kita lupa

INGAT 5 PERKARA SEBELUM DATANG 5 PERKARA:

"Sihat sebelum Sakit,

Muda sebelum Tua,

Kaya sebelum Miskin,

Lapang sebelum Sibuk,

Hidup sebelum Mati
"


Pesanan Rasulullah S.A.W.

Ramai yang cakap buat ape ambik insuran@takaful macam nk booking mati je..betul x?? Bagi saya memang 'MATI ITU PASTI' setiap hamba Allah xkira melayu, cina, india, siam, arab dan semua yang bernama manusia akan mati..yang mati tetap mati tp yang hidup ni camane?? 'alah yang hidup ni pandai2 la survive'. ni jawapan yang selalu diberikan. Kalau kita ni kaya duit memang xabis bole la ckp camtu tp kalau kita ni yang cukup mkn camane plak...

Kos hospital makin mahal...murah ade, hospital kerajaan..servis camane??? Doktor ckp 'kita akan set tarikh operation 3bln nanti sbb skrg ni dh byk kes yg kena dahulukan' so camane kita yang tgh sakit dan memang perlu sgt rawatan?? nak xnk kena la gi hospital swasta. Duit ade?? duit plak..Ya Allah camane ni??

Di sini la kita perlukan
insuran@takaful untuk membantu..sekurang2nya xla kita keluarkan duit yang banyak, smpi kena berhutang, korek tabung. Di PRUDENTIAL, kami akan menanggung semua kos ni..kos hospital, kos pembedahan, kos konsultan dan mcm2 kos lagi. Siap dapat elaun hospital lagi. Kalau anda didapati menghidap salah 1 penyakit kritikal, PRUDENTIAL akan tanggung dah dan xperlu bayar dh seumur hidup tanpa menjejaskan manfaat lain..

Macamane??bagus x??kalau anda rasa ni pun xbagus lagi abaikan je la ape yang sy tulis ni tp kalau anda rasa ni sesuai untuk anda dan keluarga hubungi saya untuk penerangan selanjutnya. Jangan bimbang, utk penerangan lanjut xperlu bayaran dan saya x akan paksa anda ambik sebab tu hak anda sebagai pengguna..saya akan jumpa anda sebab 'THE FACE YOU CAN TRUST'.

Thursday, December 10, 2009

Prudential tawar pelan persaraan percuma

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Prudential Assurance Malaysia Bhd. (Prudential) menawarkan pelan persaraan bernilai RM200,000 secara percuma dalam usaha syarikat itu mendidik orang ramai tentang pelan persaraan.

Tawaran itu diberikan kepada pemenang pertandingan 'Cabaran Apakah Nombor Adam' yang berlangsung selama empat minggu bermula 2 Disember hingga 30 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Charlie Oropeza berkata, peraduan itu dilancarkan berikutan maklumat yang diperoleh daripada tinjauan Prudential yang menunjukkan hanya sembilan peratus responden mengetahui mengenai jumlah diperlukan persaraan.

''Jumlah wang diperlukan semasa persaraan merupakan langkah pertama dalam merancang persaraan, kaji selidik kami menunjukkan tidak ramai rakyat Malaysia memberi fokus kepada masalah tersebut.

''Melalui cabaran yang dianjurkan Prudential ini, kami berharap rakyat Malaysia diberi pendedahan dan pendidikan mengenai perancangan persaraan mereka dan ia perlu dilakukan segera memandangkan kadar inflasi meningkat dengan mendadak,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran 'Cabaran Apakah Nombor Adam' di sini hari ini.

Tambah Oropeza, tinjauan itu juga menunjukkan 65 peratus responden meluahkan kebimbangan mereka tentang masalah kewangan yang bakal dihadapi apabila melalui zaman persaraan kelak.

''Lebih separuh responden bercadang untuk bersara sebaik sahaja mencapai kebebasan kewangan. Seramai 75 peratus daripada mereka bersedia untuk terus menabung selepas bersara untuk mencapai jumlah yang diinginkan.

''Melalui tinjauan itu, menunjukkan orang ramai sangat berminat mengetahui jumlah persaraan mereka dan sanggup berusaha ke arah itu,'' jelasnya.

Oropeza berkata, melalui cabaran tersebut, mereka dapat mendidik dan memberitahu orang ramai bahawa perancangan persaraan adalah mudah dan bakal memberi manfaat kepada mereka pada masa hadapan.

Untuk menyertai pertandingan itu, orang ramai yang berusia antara 21 hingga 65 tahun perlu mendaftar di laman web WhatsYourNumber.com.my.

Setiap minggu petunjuk baru akan diberitahu dan peserta berpeluang mengubah jawapan mereka.

Selain hadiah utama RM100,000 dan lapan hadiah saguhati bernilai RM12,500.

Melalui laman web itu juga, ia dapat membantu orang ramai mengira jumlah persaraan mereka kerana mesin hitung persaraan adalah mudah digunakan.

Monday, December 7, 2009

Kemalangan

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20091207001522/Article/index_html
*sumber Berita Harian


Innalillah Waiinahirajiun....Mari lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa kemalangan di KB Mall semalam. Semoga Allah menempatkan mereka bersama2 orang2 yang beriman..


Kemalangan maut, parah atau kecil...semua melibatkan kecederaan. Sakit??memang sakit..sakit hati, sakit kaki dan semua sakit....sakit hati kalau yang xsalah pun terlibat dan sakit kaki pada mereka yang cedera...

Kekadang kalau kita beringat pun orang lain xberingat abis camane tu...tp apa2 pun semuanya Qada' & Qadar. Semua dah dalam skrip hidup setiap orang yang bernama manusia. mati itu pasti cuma cara mati tu Allah je yang tau..

Marilah kita sama2 bermuhasabah diri dan renung2kan bagaimana dengan nasib kita pula.....semoga kita sentiasa dibawah lindunganNya. InsyaAllah


Saturday, December 5, 2009

KONSEP INSURAN & TAKAFUL

Definisi insurans

Insurans boleh didefinisikan sebagai :

Satu institusi ekonomi yang berasaskan prinsip bersaling, dibentuk bagi tujuan menubuhkan dana am. Keperluannya timbul daripada berlakunya risiko yang tidak diduga, yang kebarangkaliannya berlaku boleh dianggarkan dengan munasabah.

Perkhidmatan insurans melibatkan pembayaran manfaat atau pampasan secara kontrak kepada insured atau pihak ketiga terhadap kerugian yang tidak dijangka.

Definisi Takaful

Takaful boleh didefinisikan sebagai :

Satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta2 sama2 bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.
Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'
Konsep yang digunakan berdasarkan tabarru' iaitu dalam bahasa arab bermaksud derma secara ikhlas. Takaful merupakan salah satu pelan perlindungan dan konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang berlandaskan hukum Syariah.

PENGENALAN

PRUDENTIAL bermula dari London dan telah bertapak sejak tahun 1848. Ini bermakna telah lebih 160 tahun PRUDENTIAL wujud untuk memberikan perkhidmatan insuran hayat, kewangan dan pengurusan aset. PRUDENTIAL mempunyai lebih 21 juta pelanggan diseluruh dunia dan lebih US$ 510 billion simpanan yang telah dicatat pada 30/06/2008.

Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB)
telah bertapak di Malaysia lebih 80 sejak tahun 1924. Pada tahun berakhir 2008, PAMB telah mencapai rekod jualan sebanyak RM659 juta dengan pelanggan baru.

Friday, December 4, 2009

Kehendak atau Keperluan

Cuba perhatikan sekeliling kita sekarang, setiap orang mesti ada handphone. Makcik, pakcik, mak, ayah, abang, kakak dan budak sekolah tadika pun dah ada handphone. Ni semua kehendak @ keperluan?? Saya rasa semua tau handphone dah jadi keperluan sbbnya yang kita perhatikan sekeliling td. Kereta, astro dan lain² banyak lagi dh jd keperluan dan bukan lagi kehendak. Tapi tidak kepada insuran @ takaful diri...bagi kita ni semua kehendak belum jadi keperluan lagi.kenapa ya??mungkin sebab kita ada hospital kerajaan bila kita sakit masuk dan bayar je RM1 terus dapat rawatan. Ada x kita terfikir andai kata kita terlibat dgn kemalangan teruk@penyakit kritikal yang memerlukan rawatan segera dgn kos yang diperlukan amat² tinggi sampai doktor hospital kerajaan pun cakap 'awak pergi la ke hospital swasta'?? CUBA FIKIR SEJENAK...

Kehendak @ Keperluan sebenarnya mengikut peredaran zaman..dulu kehendak tp sekarang keperluan. Macam handphone td la sekarang dh jadi keperluan..Sepatutnya insuran @ takaful diri ni dh jadi keperluan setiap orang. Kita nk perkhidmatan yang baik tp xnak keluarkan sedikit duit untuk perkhidmatan tu. Tapi tu normal semua orang nk yang murah tp baik dan bagus..macam kita beli buah mempelam kat pasar malam, abis di punggah buah tu semata² nk yang elok tp bila time bayar sampai sejam tawar harga nk dapatkan yang murah. Saya belum nk cerita pasal insuran @ takaful lagi cuma nk ckp pasal kehendak dan keperluan je...kalau anda diluar ada pandangan @ pendapat bole kita bincang²kan...InsyaAllah perbincangan yang baik akan membentuk keperibadian yang tinggi....

Thursday, December 3, 2009

Maklumat Produk

InsyaAllah maklumat mengenai Produk PRUDENTIAL & TAKAFUL BSN akan di update dalam masa terdekat...TUNGGU.............

Diary 2010 untuk anda



Tawaran terhad....DIARI 2010 untuk anda yang mendaftar sebelum 31/12/2009. cepat dapatkan selagi stok masih ada..'pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat'

Salam Prudential

Buat masa ni saya akan update sedikit demi sedikit dan insyaAllah selepas ini saya akan terus update.

Iklan Takaful Prudential



Salah satu iklan Prudential Takaful yang pernah ke udara suatu ketika dahulu

Sunday, November 22, 2009

update

InsyaAllah blog ini akan dikemaskini dalam masa terdekat...masih dalam pengumpulan maklumat..walaubagaimanapun untuk maklumat lebih lanjut @ sesi temujanji boleh hubungi saya 016-6904909 (Razak)..Terima Kasih
Reblog this post [with Zemanta]
TEXTAREA_ID
Related Posts with Thumbnails