Friday, December 4, 2009

Kehendak atau Keperluan

Cuba perhatikan sekeliling kita sekarang, setiap orang mesti ada handphone. Makcik, pakcik, mak, ayah, abang, kakak dan budak sekolah tadika pun dah ada handphone. Ni semua kehendak @ keperluan?? Saya rasa semua tau handphone dah jadi keperluan sbbnya yang kita perhatikan sekeliling td. Kereta, astro dan lain² banyak lagi dh jd keperluan dan bukan lagi kehendak. Tapi tidak kepada insuran @ takaful diri...bagi kita ni semua kehendak belum jadi keperluan lagi.kenapa ya??mungkin sebab kita ada hospital kerajaan bila kita sakit masuk dan bayar je RM1 terus dapat rawatan. Ada x kita terfikir andai kata kita terlibat dgn kemalangan teruk@penyakit kritikal yang memerlukan rawatan segera dgn kos yang diperlukan amat² tinggi sampai doktor hospital kerajaan pun cakap 'awak pergi la ke hospital swasta'?? CUBA FIKIR SEJENAK...

Kehendak @ Keperluan sebenarnya mengikut peredaran zaman..dulu kehendak tp sekarang keperluan. Macam handphone td la sekarang dh jadi keperluan..Sepatutnya insuran @ takaful diri ni dh jadi keperluan setiap orang. Kita nk perkhidmatan yang baik tp xnak keluarkan sedikit duit untuk perkhidmatan tu. Tapi tu normal semua orang nk yang murah tp baik dan bagus..macam kita beli buah mempelam kat pasar malam, abis di punggah buah tu semata² nk yang elok tp bila time bayar sampai sejam tawar harga nk dapatkan yang murah. Saya belum nk cerita pasal insuran @ takaful lagi cuma nk ckp pasal kehendak dan keperluan je...kalau anda diluar ada pandangan @ pendapat bole kita bincang²kan...InsyaAllah perbincangan yang baik akan membentuk keperibadian yang tinggi....

No comments:

Post a Comment

LEAVE UR COMMENT..TQ

TEXTAREA_ID
Related Posts with Thumbnails