Monday, December 14, 2009

H1N1...PRUDENTIAL cover ke x ni??

Syarikat insurans bayar pampasan pesakit meninggal akibat H1N1

KUALA LUMPUR: Syarikat insurans akan membayar pampasan kepada waris terdekat pemegang insurans hayat yang meninggal dunia akibat penyakit Influenza A (H1N1), Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata jika pemegang polisi insurans hayat yang meninggal dunia disebabkan virus A H1N1, syarikat berkenaan akan memberi pampasan seperti mana yang disyaratkan.Dewan Negara

"Syarikat insurans akan membayar pampasan seperti disyaratkan dalam polisi insurans hayat yang berkenaan.

"Syarikat insurans tidak akan membezakan tuntutan kematian akibat penyakit A H1N1 daripada mana-mana tuntutan kematian yang lain, tidak ada bezanya, masih boleh" katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Seri Empiang Jabu pada persidangan Dewan Negara di sini.

Empiang bertanya sama ada terdapat pembayaran pampasan kepada anggota keluarga terdekat pemegang-pemegang insurans hayat yang meninggal dunia akibat wabak H1N1 dan sama ada pampasan itu mengikut kadar terkandung di dalam polisi insurans hayat pemegang. - Bernama



________________________________________________________________

Ramai yg tertanya2 penyakit Influenza A (H1N1) PRUDENTIAL cover ke x?? sebenarnya dr bln8 lg kita dh inform pd client yg H1N1 ditanggung sepenuhnya oleh PRUDENTIAL selepas tempoh 30 hari polisi berkuatkuasa. Walaubagaimana pun kemasukan hospital untuk tujuan siasatan dan diagnosis dikecualikan daripada perlindungan. Perlindungan ini masih lagi berterusan untuk pelanggan sedia ada dan yang baru. Kami di PRUDENTIAL memahami keluhan pelanggan dan jgn bimbang sekiranya ada sebarang mslh @ keraguan terus hubungi sy untuk maklumat lanjut....OUR CLIENT ALWAYS NUMBER 1 COZ WE ARE NUMBER 1...Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Post a Comment

LEAVE UR COMMENT..TQ

TEXTAREA_ID
Related Posts with Thumbnails