Saturday, December 5, 2009

KONSEP INSURAN & TAKAFUL

Definisi insurans

Insurans boleh didefinisikan sebagai :

Satu institusi ekonomi yang berasaskan prinsip bersaling, dibentuk bagi tujuan menubuhkan dana am. Keperluannya timbul daripada berlakunya risiko yang tidak diduga, yang kebarangkaliannya berlaku boleh dianggarkan dengan munasabah.

Perkhidmatan insurans melibatkan pembayaran manfaat atau pampasan secara kontrak kepada insured atau pihak ketiga terhadap kerugian yang tidak dijangka.

Definisi Takaful

Takaful boleh didefinisikan sebagai :

Satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta2 sama2 bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.
Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'
Konsep yang digunakan berdasarkan tabarru' iaitu dalam bahasa arab bermaksud derma secara ikhlas. Takaful merupakan salah satu pelan perlindungan dan konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang berlandaskan hukum Syariah.

No comments:

Post a Comment

LEAVE UR COMMENT..TQ

TEXTAREA_ID
Related Posts with Thumbnails